top of page

Shoraka, Yayasan Hijrah Selangor meterai kerjasama

Januari 14, 2022 @ 1:46pm

entah_1642139155.jpg

KUALA LUMPUR - Shoraka Digital Ventures (SDV) melalui salah sebuah syarikat start-up fintech miliknya, Shoraka Global Resources Sdn Bhd (SGR), telah menandatangani kerjasama strategik dengan Yayasan Hijrah Selangor untuk beralih kepada kemudahan penawaran kewangan patuh Syariah.

Kerjasama strategik itu akan membolehkan penerima kredit mikro yang kebanyakannya daripada golongan B40 (kurang berkemampuan), mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan Islam.

Majlis pemeterian perjanjian kedua-dua belah pihak disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail.Pengarah Urusan SDV, Johar Amat dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas majlis itu berkata, kejayaan itu selaras dengan aspirasi SDV itu untuk memudahkan pengembangan penawaran kewangan Islam untuk semua masyarakat termasuk yang kurang berkemampuan.

Johar percaya kerjasama antara Yayasan Hijrah Selangor ini adalah satu yang bermakna.

"Kami berhasrat memastikan mereka yang tidak boleh dapat menggunakan perkhidmatan kewangan Islam seperti golongan yang mempunyai akses mudah kepada produk kewangan patuh syariah.

"Dengan kerjasama ini, kami ingin menjadi fasilitator kepada Yayasan Hijrah Selangor untuk menyediakan produk dan penyelesaian patuh Syariah kepada penerima mereka," kata beliau lagi.

"Saya meramalkan perkongsian yang berjaya antara kedua-dua pihak kami yang akan mempercepat pendigitalan penyelesaian teknologi kewangan Islam untuk rakyat Selangor dan berharap dapat bekerjasama lebih jauh dengan Hijrah Selangor dalam bidang teknologi," kata Johar.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor, Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor berkata, kerjasama kedua-dua pihak akan menumpukan perhatian pada bidang yang mampu memanfaatkan kekuatan masing-masing.

Yayasan Hijrah Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga kecil.

Antara objektifnya adalah untuk memberikan pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil Selangor bagi pelaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.

Shoraka Group, syarikat induk SDV, ditubuhkan pada tahun 2006 diperbadankan di Dubai dan kemudiannya diperbadankan di Malaysia pada 2007 untuk beroperasi secara eksklusif di Asia Tenggara sebagai sebuah syarikat penasihat kewangan yang kini berkembang fi teknologi digital.

SDV menyediakan penyelesaian digital, perkhidmatan teknologi, ekuiti persendirian serta nasihat perniagaan dan syariah.

Di antara produknya ialah Shoraka Al-Amin yang dikendalikan oleh Shoraka Global Resources Sdn Bhd.

Source: Berita Harian

bottom of page